TEORI
KECERDASAN PELBAGAI:
Teori
kecerasan pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan
intelektual yang diukur ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran
ujian IQ menekankan pada kemampuan logical-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya,
setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan
persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi kecerdasan bukan
hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan
merupakan kemampuan yang dimiliki oleh sesorang untuk melihat sesuatu masalah
dan seterusnya beruapaya menyelesaikan masalah atau membuat sesuatu yang
berguna kepada orang lain.
Kecerdasan
pelbagai yang mencakupi Sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak ((Q), kecerdasan emosional (EQ) dan
kecerdasan spirptual (SQ).
Teori
kecerdasan pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan
kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada
kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan
kanak-kanak istimewa. Menurut Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi
semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain.
SEMBILAN
TEORI KECERDASAN PELBAGAI:
1. LOGIKAL
MATEMATIK:
Kecerdasan
ini mempunyai kaitan dengan logic,
abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan dibahagian kiri otak
membolehkan individu menaakulsecara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan
ini secara semulajadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
computer dan aktiviti lain yang logic atau berangka.
Individu
yang mempunyai kecerdasan logical yang tinggi memperlihatkan minat yang besar
terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanyakan
tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat berlaku disekeliling. Individu ini
suka menuntut penjelasan logic dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini
suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya saintis, jurutera,
arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
2. SPATIAL/VISUAL
RUANG:
Kecerdasan
ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis
ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang
visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu
daripada tiga factor dibawahnya dalam model hierarki kepintaran. Inidividu ini
berkebolehan menceritakan dan mengambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta
bijak menghubungkaitkan antara objek-objek visual dan ruang berkecenderungan
dalam aspek imaginative dan kreatif.
3. LINGUISTIK:
Kecerdasan
ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan
bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan
menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Inidividu ini sensitive
terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung
untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar
kuliah dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.
Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing
dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Mereka
juga pandai berbicara, gemar berbicara dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi
yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.
4. KINESTETIK:
Unsur-unsur
utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Garner memberikan secara terperinci untuk mengatakan
bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat
tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya
mereka menjadi seperti reflex.
Secara
teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestatik perlu belajar
lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke
dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti
fizikal seperti sukan atau tarian. Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang
mempunyai kecedasan ini termasuk atlit, juruterbang,penari, pemuzik, pelakon,
Pembina, pegawal polis dan askar
5. MUZIK:
Kecerdasan
ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta
irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini
sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia
ini, baik yang berasal daripa suara alat muzik ataupun yang timbul dalam
daripada gejala ilmiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara
lain.
6. INTERPERSONAL:
Kecerdasan
interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah
berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat
orang lain. Seterusnya kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara
berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan murid-murid
terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan
interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh,
melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi
yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan.
7. INTRAPERSONAL:
Kecerdasan
yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri
sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri,
mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan serta kemampuan untuk mendisplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali
diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran
menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan
intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu
tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan
kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Antara ciri-ciri pelajar yang
memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan
untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi
atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup
8. NATURALIS:
Kecerdasan
naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan
alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat
prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu,
mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap
semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina
sesuatu system baru, menjana idea yang berkaitan dan pandangan yang jauh ke
hadapan.
9. SPIRITUAL:
Menurut
Suppiah et al (2009), kecerdasab spiritual ini merupakan alirab falsafah yang
fahamannya berpusatkan kepada kejadian dan kawujudan manusia, erti kehidupan,
kematian dan juga reality yang dihadapi oleh manusia dalam kehiudpan. Kehidupannya.
Kebanyakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persoalan
yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatian terhadap persekitarannya. Persoalan
yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu
biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan
pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum,
sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran
melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan dengan bahan dan
tema.