Friends

Jumaat, 26 April 2013


TEORI KECERDASAN PELBAGAI:

Teori kecerasan pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logical-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh sesorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya beruapaya menyelesaikan masalah atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Kecerdasan pelbagai yang mencakupi Sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak ((Q), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spirptual (SQ).
Teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain.

SEMBILAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI:




1.    LOGIKAL MATEMATIK:
Kecerdasan ini  mempunyai kaitan dengan logic, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu menaakulsecara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semulajadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan computer dan aktiviti lain yang logic atau berangka.
Individu yang mempunyai kecerdasan logical yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanyakan tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat berlaku disekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logic dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

2.    SPATIAL/VISUAL RUANG:
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga factor dibawahnya dalam model hierarki kepintaran. Inidividu ini berkebolehan menceritakan dan mengambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginative dan kreatif.

3.    LINGUISTIK:
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Inidividu ini sensitive terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Mereka juga pandai berbicara, gemar berbicara dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.

4.    KINESTETIK:
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Garner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti reflex.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestatik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.  Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecedasan ini termasuk atlit, juruterbang,penari, pemuzik, pelakon, Pembina, pegawal polis dan askar

5.    MUZIK:
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripa suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala ilmiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara lain.

6.    INTERPERSONAL:
Kecerdasan interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat orang lain. Seterusnya kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan.

7.    INTRAPERSONAL:
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup

8.    NATURALIS:
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu system baru, menjana idea yang berkaitan dan pandangan yang jauh ke hadapan.

9.    SPIRITUAL:
Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasab spiritual ini merupakan alirab falsafah yang fahamannya berpusatkan kepada kejadian dan kawujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga reality yang dihadapi oleh manusia dalam kehiudpan. Kehidupannya. Kebanyakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatian terhadap persekitarannya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan dengan bahan dan tema.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan