Friends

Khamis, 4 April 2013


TEORI KONSTRUKTIVISME:


Teori konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generative, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Ia juga adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakkan penyelidikan berpendapat setiap individu membina pengetahuna dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, mereka akan sama ada menginterprestasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang telah dibentuk oleh mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brook dab Brooks , 1993)
Dalam teori konstruktivisme, penekanan yang diberikan kepada murid lebih daripada guru. Hal ini demikian kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Jesteru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah tersebut. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan (Sushkin,N.1999)
Terdapat Prinsip-pinsip asas dalam teori konstruktivisme. Antaranya ialah:
·         Pengetahuan dibina oleh pelajar:
Pelajar bukan merupakan “tin kosong” untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya.
·         Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas:
Pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuna yang sedia ada serta meggunakan idea mereka sendiri.
·         Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek social:
Para pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesame sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan.
·         Guru merupakan fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar:
Guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke otak pelajar. Guru bertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai.

KESAN PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR:

Kesan terhadap daya pemikiran para pelajar dalam pendidikan yang biasa iaitu pendidikan konvensional, para pelajar dilatih oleh guru untuk menjawab soalan semata-mata berdasarkan fakta-fakta. Meskipun cara menjawab soalan ini mampu memberikan jawapan yang betul secara tepat, cara ini tidak menitik beratkan daya pemikiran pelajar. Mereka hanya perlu mengingati fakta-fakta tertentu dan memberikannya terus sebagai jawapan tanpa benar-benar memahami mengapa jawapan yag diberi adalah sedemikian.
                       
Dalam pendidikan konstruktivitis, guru-guru mencabar para pelajarnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan secara lebih konstruktif, iaitu dengan mengaitkan dan merumuskan konsep-konsep yang diketahui. Cara ini lazimnya dikenali sebagai “problem solving” dimana guru mengemukakan suatu situasi dan meminta pelajar-pelajar untuk menjelaskan situasi tersebut secara berkumpulan. Apabila para pelajar menganalisis data yang sedia ada iaitu data yang diberikan oleh guru ataupun data yang boleh diperhatikan oleh pelajar itu sendiri, mereka berupaya untuk membuat justifikasi terhadapnya, seterusnya melakukan suatu ramalan untuk membuat suatu kesimpulan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Kesimpulan yang dibina itulah merupakan jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh guru.

Selain itu, pendidikan konstruktivitis melatih daya pemikiran pelajar apabila guru-guru mengemukakan soalan terbuka (soalan “open-ended”). Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “Apakah pendapat anda terhadap situasi ini?”, “terangkan sebab-sebab anda memilih pilihan tersebut?” dan sebagainya. Hasruslah disedari bahawa apabila pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi respon terbuka, mereka bukan sahaja dapat memberi pandangan sendiri terhadap sesuatu objek, malah lebih penting lagi, mereka akan didorong untuk memikirkan suatu penjelasan yang logical bagi menyokog pandangan mereka terhadap subjek tersebut. Dalam konteks ini, guru-guru menerima mana-mana jawapan daripada pelajar, asalkan jawapan tersebut mempunyai asa yang logical, matang dan bermakna.

Kesan terhadap sikap para pelajar dalam proses pembelajaran telahpun terbukti bahawa terdapatnya hubungan yang jelas antara sikap pelajar dalam kelas serta keberkesanan pembelajaran pelajar tersebut. Keaktifan penglibatam serta usaha yang disumbangkan oleh para pelajar dalam sesuatu aktiviti dalam kelas berhubungkait dengan tahap motivasi para pelajar (Pintrich & De Groot, 1990(7))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan