Friends

Jumaat, 29 Mac 2013


PENDEKATAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN


Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya pendekatan dan strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanka-kanak.

APA ITU MAIN?



Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu
Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990)
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikan, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

MAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:


Menurut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan symbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini, kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain” (Spodek et. 1987,p. 181)
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
·         Main yang terancang
·         Main yang berstruktur
·         Main yang fleksibel
·         Memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif
Untuk itu dalam perancangan dan perlaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain  dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya:
·         Menggalakkan imaginasi
·         Memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
·         Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan social
·         Membina keyakinan diri
·         Berorentasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan

Terdapat 4 jenis permainan
1.    Permainan solitary
Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi penkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan
2.    Permaianan parallel
Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampitan dengan kanak-kanak lain. Misalnya dua orang kanak-kanak mungkin bermian benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama
3.    Permainan associative
Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan
4.    Permainan coorperarive
Seorang kanak-kanak bermian bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan