Friends

Isnin, 4 Mac 2013

Apa yang Glen Doman cakap????

Sebelum itu, sedikit pengenalan tentang Glen Doman... Beliau ini merupakan seorang terapi fizikal dan perintis dalam bidang perkembangan otak kanak-kanak. Beliau telah menubuhkan Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP) iaitu yang menyediakan program pengajaran dan buku-buku yang digunakan untuk kembangkan perkembangan menntal dan fizikal kanak-kanak. Glen Doman ada menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk mengajar kanak-kanak membaca. Antaranya ialah mengajar mereka ketika mereka masih muda. Hal ini kerana mereka mudah untuk mendapatkan maklumat atau informasi ketika kecil kerana otak mereka masih lagi segar dan mereka dapat belajar sesuatu dengan mudah dan cepat di usia mereka yang muda ni. Selain itu juga, menbaca bukan semata-mata mengajar mengeja seperti di sekolah-sekolah sekarang ini iaitu dimulai dengan nama huruf--> suku kata--> perkataan. tetapi beliau berpendapat mengajar membaca adalah dengan cara mengenal suku kata yang bermakna dan kata itu sudah akrab dan sering bermain di fikiran mereka dan sering didengari dalam kehidupan seharian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan