Friends

Isnin, 18 Mac 2013

Kuliah seterusnya kami didedahkan pula dengan banyak teori perkembangan kanak-kanak. Banyak input yang telah kami perolehi. 
Sebenarnya Terdapat 5 teori perkembangan utama. Antaranya:
  1. Teori Perkembangan Arnold Gesell
  2. Teori Perkembangan Robert Haringshurst
  3. Teori Perkembangan Erik Erikson
  4. Teori Perkembangan Jean Piaget
  5. Teori Perkembangan Sigmund Freud
1. Teori Perkembangan Arnold Gessell:

     Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.
     Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.
     Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku.
      Ia adalah tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.
     Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.

Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut Arnold Lucius Gesell
      Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor) kerana beliau berpendapat bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur empat bulan, Fahmi telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seseorang induvidu dengan induvidu yang lain kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap induvidu.
      Jadual perkembangan turutan tingkah laku yang dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan kepada lima peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell (1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada tangisan ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan, koordinasi fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak.
       Misalnya bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia enam bulan bayi sudah dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan, bayi sudah mula pandai duduk dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan, bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan berat badanya.
      Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, kematangan fizikal dan mental mula meningkat iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh pengasuhnya. Pada tahap ini juga, bayi sudah mula faham istilah” jangan” dan pada usia dua tahun bayi sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada pengasuhnya kerana bayi sudah memperolehi keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke tiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah mengcapai koordinasi mata, tangan dan kaki yang semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri sendiri seperti boleh makan dan memakai kasut dengan sendiri dan mula boleh bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang digunakan tidak begitu lengkap.

      Pada peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga empat tahun, koordinasi dan kematangan fizikal kanak-kanak sudah semakin kukuh misalnya boleh menunggang basikal beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses interaksi kanak-kanak mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan bergaul dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah. Pada peringkat ini juga kanak –kanak suka untuk mengemukakan soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan sebaginya untuk mengetahui sesuatu pekara kerana kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekeliling.

2. Teori Perkembangan Robert Hringshurst

       Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan di dalam kehiduoan individu pada satu peringkat tertentu. Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas tertntu akan menbawa kepuasan serta mengdorongkannya mengulangi tugas tersebut. Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya melakukan tugas itu.
      Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Robert Havighurst dalam bukunya Human Development And Education (1953) menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau telah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun).
      Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu membuat perbandingan. Selain itu juga, kanak-kanak dapat menguasai konsep-konsep moral,nilai dan kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk belajar berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat ini seharusnya digalakkan membuat kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru di sekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana perkembangan otak pada peringkat ini berlaku dengan sangat cepat.
     Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya,hasilnya akan membawa kebahagian kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat seterusnya. Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau perkembangan adalah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.

       Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) di mana bayi perlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-masing.
Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi – rendah, berat- ringan, bentuk dan warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-gen ibu bapa.

3. Teori Perkembangan Erik Erikson

     Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. 

     Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya. 

     Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.

     Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya. 

    Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri. 

    Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan. 

   Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka. 
Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.

    Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati  serta mementingkan diri sendiri. 

     Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua

4. Teori Perkembangan Jean Piaget


     Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka.  Hal ini bererti bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan dengan mengasimilasi dan mengakomodasi informasi-informasi baru. Melalui aktiviti bentuk dan warna yang kami laksanakan, konsep-konsep Jean Piaget telah digunakan secara tidak langsung. Contohnya dalam slot pengajaran set induksi kami telah menguji pengetahuan sedia ada dengan menggunakan konsep asimilasi dan mengaitkan persekitaran mereka dengan bentuk dan warna. Contohnya ketika guru bertanya “ apa benda yang berbentuk bulat” dan murid menjawab bola. Kemudian mengaitkan ilmu baru dan sekaligus menggunakan konsep  akomodasi.
           Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1.    Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
2.    Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3.    Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
           Ketika perlaksanaan slot pengajaran , perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara adalah kebolehan membezakan bentuk dan warna bongkah. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil iaitu murid apabila murid dapat mengenalpasti dengan tepat tanpa perlu bertanya guru.

          Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh murid contohnya menggunakan bentuk-bentuk yang ada di persekitaran mereka bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
          Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini dilakukan apabila berlaku proses penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru dari bentuk-bentuk yang telah dihasilkan.

          Peringkat perkembangan Kognitif Vygotsky Percaya bahawa teori kognitif berlaku dalam sosio budaya yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu. Kebanyakkan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, orang dewasa dan rakan sebayaTerdapat dua peringkat iaitu Peringkat sosial dan Peringkat individu. Peringkat sosial ialah maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dgn individu lain yg ada dipersekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik dll. Contohnya dalam aktiviti kumpulan, interaksi berlaku apabila murid berkomunikasi dengan rakan untuk menyelesaikan tugasan dan berlaku pemindahan ilmu ataupun perkongsian ilmu sesame mereka.

          Zon perkembangan Proksimal yang diperkenalkan oleh Vygotsky terbahagi kepada had atas, zon perkembangan proksimal dan had bawah dan dijayakan dengan bantuan bimbingan org dewasa atau rakan sebaya yang mahir. Guru memberi bimbingan pada set induksi dan aktiviti kumpulan membolehkan murid yang cerdas membimbing murid kurang cerdas.
         
          Perancah (Scaffolding) adalah Individu mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan  bimbingan yang diberikan adalah minimum. dalam slot pengajaran yang kami sediakan, selepas set induksi, guru hanya menjadi pemerhati dan murid akan menyelasaikan sendiri tugasan secara individu dan berkumpulan.Peringkat individu( peribadi) ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yg diperolehi ini boleh menukar skemata individu. Penilaian Pemerhatian digunakan selain Penilaian Hasil Kerja dalam penilaian pemerhatian kami melihat dari segi kerjasama dalam kumpulan. Melalui pemerhatian tersebut, kami dapat mengenalpasti individu tersebut serasi dengan pasangan atau tidak. Penilaian Hasil Kerja pula menjurus pada aktiviti individu yang dijalankan. Kami menilai kekemasan, ketelitian dalam mengelaskan bongkah dan pemindaan idea yang dilakukan bagi membentuk objek baru melalui bongkah tersebut, contohnya membentuk bongkah menjadi rantai. 

          Konsep-konsep yang diutarakan oleh tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak memberi panduan kepada kami dalam menyediakan slot pengajaran dan aplikasikan dalam perlaksanaan slot pengajaran yang telah kami laksananakan di kelas Prasekolah Bestari. Idea-idea baru haruslah digembleng untuk meluaskan lagi skop dalam pendidikan awal kanak-kanak. 

5. Teori Perkembangan Sigmund Freud

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.
Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.
Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.
Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.
Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;
  1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).
  1. Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.
  1. Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
  1. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
  2. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ).
    Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan