Friends

Isnin, 25 Mac 2013

PENDEKATAN YANG DIJALANKAN DI  PERMATA:


          Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.

         Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.

      PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti
Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

           Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA, kami memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar.
Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.
Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang.
Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini.

KURIKULUM PERMATA:

kurikulum permata berbeza kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holisitik dalam aspek kognitif, sosioemosi, komunikasi dan fizikal.

Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic







Tiada ulasan:

Catat Ulasan