Friends

Khamis, 14 Mac 2013

HEAD START????

Kuliah kali ni kami didedahkan dengan pendekatan Head Start. Kali pertama dengar. Banyak jugak pendekatan yang ada dalam Head Start ni.. Jom kita baca sikit.. ^______^

Ciri-ciri Program Headstart

a) Penglibatan Ibu bapa
- Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.

b) Kesihatan
- Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan-Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

d) Pendidikan-Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

e) Perkhidmatan SosiaL
- Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

f) Ketidakupayaan
- Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental- Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan